beberapa progress.
saya dan en nasir telah ke kursus kahwin, which is required by the jabatan agama islam. kursus ini wajib dihadiri oleh pasangan muslim yang bercadang untuk berkahwin.
maknanya, kalau kamu tidak menghadiri kursus kahwin, kamu tidak akan diluluskan untuk berkahwin, dan jika kamu bernikah juga, pernikahan kamu akan dianggap tidak sah dari segi undang-undang malaysia.
pada awalnya, sahabat-sahabat saya mengatakan, bahawa sekarang kursus kahwin sudah menjadi lebih susah. kononnya kita harus bermalam, dan di tengah malamnya, kita akan menghadiri qiamullail.
tetapi, mengikut kata seorang penceramah pada hari itu, itu semua hanya khabar angin.
durationnya masih dua hari, tetapi bukanlah 48 jam.di tempat saya, sabtu, dari pukul 3 ptg hingga 8 malam. ahad, dari pukul 8 pagi hingga 6.30 ptg.harga nya masih sama, rm 80, di mana-mana pun kamu pergi.
tetapi, memang sedikit mengantuk, lebih-lebih lagi untuk hari ahad. but, overall, kursus itu okay. makanan disediakan, juga cara-cara mengisi borang permohonan juga diterangkan.
en nasir dan saya juga telah mengambil borang permohonan dan borang ujian hiv di pejabat agama kajang, serta borang permaustatin untuk en nasir. alhamdulillah, seperti tiada masalah untuk mengambil borang itu.
harap-harap, perkahwinan kami, samada sebelum, ketika atau selepas akan menjadi mudah dan lancar, insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment