Thursday, March 5, 2009

cincin

saya dan en nasir telah membeli cincin merisik dan cincin tunang.

beli di diamond and platinum di mid valley.

nampaknya, sudah selesai juga satu perkara dalam meniti perkahwinan.

Thursday, February 19, 2009

progress

beberapa progress.

saya dan en nasir telah ke kursus kahwin, which is required by the jabatan agama islam. kursus ini wajib dihadiri oleh pasangan muslim yang bercadang untuk berkahwin.

maknanya, kalau kamu tidak menghadiri kursus kahwin, kamu tidak akan diluluskan untuk berkahwin, dan jika kamu bernikah juga, pernikahan kamu akan dianggap tidak sah dari segi undang-undang malaysia.

pada awalnya, sahabat-sahabat saya mengatakan, bahawa sekarang kursus kahwin sudah menjadi lebih susah. kononnya kita harus bermalam, dan di tengah malamnya, kita akan menghadiri qiamullail.

tetapi, mengikut kata seorang penceramah pada hari itu, itu semua hanya khabar angin.

durationnya masih dua hari, tetapi bukanlah 48 jam.di tempat saya, sabtu, dari pukul 3 ptg hingga 8 malam. ahad, dari pukul 8 pagi hingga 6.30 ptg.harga nya masih sama, rm 80, di mana-mana pun kamu pergi.

tetapi, memang sedikit mengantuk, lebih-lebih lagi untuk hari ahad. but, overall, kursus itu okay. makanan disediakan, juga cara-cara mengisi borang permohonan juga diterangkan.





en nasir dan saya juga telah mengambil borang permohonan dan borang ujian hiv di pejabat agama kajang, serta borang permaustatin untuk en nasir. alhamdulillah, seperti tiada masalah untuk mengambil borang itu.

harap-harap, perkahwinan kami, samada sebelum, ketika atau selepas akan menjadi mudah dan lancar, insyallah.

Saturday, January 24, 2009

senarai

senarai yang ingin dibuat secepat mungkin.

1. hadir kursus kahwin
2. buat ujian darah
3. pilih tempat untuk reception di belah pihak saya
4. order kad kahwin
5. buat baju tunang
6. buat baju kahwin
7. beli cincin tunang
8. beli cincin kahwin
9. beli barang hantaran
10. senaraikan jemputan

ini hanyalah senarai yang saya dapat fikirkan dalam masa lima minit tadi.

nanti, saya akan mengupdate lagi dengan en nasir.

Friday, January 2, 2009

what is achieved

cadangan hantaran kami.

DARI PIHAK EN NASIR
1. blackberry
2. jam tangan
3. make up
4. kek
5. buah tempatan
6. kasut
7. beg tangan

DARI PIHAK SAYA
1. blackberry
2. jam tangan
3. perfume
4. kek
5. buah tempatan
6. kasut
7.
8.
9.

jenama kepada barang-barang itu, belum pasti, jadi saya tidak akan membuat sebarang andaian buat masa ini. nanti en nasir terperanjat pulak dengan harga dia.

tema warna pula, di pihak saya, saya memilih warna merah. with a splash of black in it. di pihak en nasir, tidak pasti lagi.

perisikan antarabangsa

keluarga en nasir sudah datang ke rumah saya hari tu, untuk merisik.

kedatangan mereka saya jemput dengan air teh o, serta air kosong untuk mak en nasir, juga kuih apam yang mama beli dari kedai mana ntah.

hari itu, mama dan acik had cooked up nasi ayam.

segalanya sudah ready, except for babah who is missing in action.

so, keluarga en nasir terpaksa menunggulah, because takkanlah nak start the majlis without him kan.

and, believe it or not, saya tidak memberitahu sesiapa pun tentang kononnya keluarga en nasir ingin datang merisik.

saya katakan kepada mereka yang keluarga en nasir ingin datang melawat.

imagine mama and acik's reaction when mak en nasir told them about their real reason for coming

a few minutes of going to the great eastern mall, babah pun balik.

i was already upstairs, sebab mengantuk sangat, mcm nak berehat. and i dozed off a few minutes after that.

tau-tau, they are already going back to meet en nasir.

en nasir tak datang, sebab kerja overtime

so, i went down, salam semua orang, and eat.

lapar, belum makan lagi tadi. dahlah nasi ayam, favourite.




the conclusion from the meeting.

1. wang hantaran kami sendiri fikirkan
2. tema warna kami sendiri fikirkan
3. barang hantaran kami sendiri fikirkan
4. pemilihan cincin kami sendiri fikirkan


hahaha. ianya kelihatan too good to be true, sebab perkahwinan ini, lebih-lebih lagi perkahwinan melayu, memang akan adalah mereka yang suka menyibukkan diri sendiri.

so, buat masa sekarang ni, memang en nasir dan saya ada berbincang sesama kami. what to buy as hantaran. which ring to choose.

saya akan senaraikan listnya di entri selepas ini, because i think this entry is already panjang. kang mcm bosan je nak baca.

yang pertama

bismillah.

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.





insyallah, ruangan blog ini akan saya dedikasikan kepada perjalanan hidup saya ke arah hidup berumah tangga.

agar segala yang pahit dan manis sepanjang perjalanan saya, tidak akan saya lupakan.